Sunday, January 30, 2011

Wangian tanpa alkohol

Pengguna tidak perlu was-was dengan Hot Perfume 

PENGURUS Hot Perfume Cawangan Pulau Pinang, Nik Rauzi Che Ya @ Nik Halim adalah seorang peminat minyak wangi berjenama terkenal sama seperti orang lain.
Baginya, pantang melihat ada jualan murah minyak wangi berjenama, tangannya sudah pasti ringan membeli sekurang-kurangnya sebotol minyak wangi jenama terkenal yang lazimnya dijual pada kadar ratusan ringgit.
Tetapi terdetik juga rasa was-was di hatinya kerana minyak wangi berkenaan mengandungi alkohol. Bagaimanapun, kini beliau boleh meneruskan minatnya terhadap minyak wangi berjenama apabila Hot Perfume yang berpangkalan di Kuala Kangsar, Perak, menyediakan alternatif haruman antarabangsa tanpa alkohol di negara ini bagi merebut pasaran dengan pesaingnya. 

Lebih menarik, Nik Rauzi kini menjadi pengedar tunggal minyak wangi jenama itu di Pulau Pinang dengan menyediakan lebih 200 jenis haruman alternatif yang diilhamkan daripada wangian berjenama antarabangsa, sama ada bercirikan klasik hingga yang terkini, pada harga RM7.90 hingga RM9.90 sebotol dengan saiz botol berukuran lima mililiter (ml). 

Pelbagai haruman dijual baik untuk lelaki mahu pun wanita, dari jenis haruman versi Perancis dan Mesir, termasuk Armani Aqua Di Gio, Calvin Klein Eternity, Gucci Envy, Dunhill Desire, Paco Rabanne One Million, Polo Black, Hugo Boss dan Davidoff bagi lelaki, manakala wanita pula seperti Chanel Coco Madamoisele, Dior Poison, Carolina Herrera 212 Sexy, Lancome Miracle, Elizabeth Arden Pretty, Estee Lauder Pleasure, Gucci Rush, J Lo Still, Marc Jacobs Daisy dan Thierry Mugler Angel. 

"Boleh dikatakan bau minyak wangi Hot Perfume ini 90 peratus sama dengan wangian berjenama terkenal. Kelebihannya, produk ini tidak mengandungi alkohol dan pengguna tidak perlu was-was apabila menggunakannya," katanya yang menjadi pengedar Hot Perfume sejak Oktober tahun lalu. 
Orang ramai boleh mendapatkan produk terbaru Hot Perfume iaitu minyak wangi Auraflux yang dicipta menggunakan teknologi terkini. Ia menggabungkan potensi kesihatan melalui gelombang magnet dan berupaya mengimbangi cas elektromagnetik badan bagi membolehkan peredaran darah serta oksigen yang mencukupi sekali gus meningkatkan kadar penyerapan nutrien penting, selain menyingkirkan toksin dalam badan secara semula jadi. 

"Biasanya ia hanya boleh didapati dalam gelang dan rantai, tetapi produk terkini Hot Perfume menawarkan kelainan dengan menggunakan cecair sebagai medium terapi dan ditambah pula dengan wangian bagi memenuhi keperluan gaya hidup moden," katanya. 

Selain itu, Hot Perfume juga menawarkan produk lain seperti sabun mandi, pewangi kereta dan pelembut pakaian pada harga yang rendah, tetapi berkualiti tinggi serta boleh digunakan tanpa was-was. 

Paling mendapat sambutan adalah Aromatherapy Cone, yang menyegarkan udara serta menghidupkan suasana bilik tidur, ruang tamu, tandas, dalam almari dan kereta dengan bauan seperti English Rose, Green Apple, Green Tea, Lavender, Lullaby, Pomelo, Pot Pouri dan White Gold. 

"Di premis ini, kami juga menjual sejadah wangi yang diperbuat daripada kayu gaharu. Baunya cukup wangi dan segar, tidak perlu dibasuh walaupun selama bertahun-tahun," katanya. 

Ketika ini, katanya, ada seramai 13 stokis dan 93 ejen Hot Perfume di Pulau Pinang sejak produk berkenaan diperkenalkan dan beliau menjangkakan jumlah bakal meningkat berdasarkan sambutan terhadap produk Hot Perfume. 

Ejen hanya memerlukan modal minimum sebanyak RM100 dengan diskaun ke atas produk antara 25 peratus hingga 30 peratus, manakala bagi stokis pula, memerlukan modal minimum sebanyak RM1,250 dengan diskaun ke atas produk antara 40 peratus hingga 50 peratus. 





Oleh Amin Ridzuan Ishak
aminridzuan@bharian.com.my
2010/10/25



No comments:

Post a Comment